Thursday, April 11, 2019

Honda CBR650R dan CB650R Kini Di Malaysia


Benarlah kata orang tua-tua,mimpi kadang kala menjadi kenyataan.Tester pernah menyiarkan artikel tentang mimpi berhubungkait dengan kedua model motosikal ini pada pertengahan bulan Mac lalu.Nampaknya mimpi tersebut menjadi kenyataan.


Bertempat di MAEPS,Serdang, Honda telah melancarkan model CBR650R dan CB650R.Adakah berita ini yang di tunggu-tunggu oleh peminat motosikal di negara kita.


Kepada mereka yang minat pada kelajuan,ini berita yang mengembirakan.Model CBR650R dengan enjin yang lebih berkuasa serta kerangka lebih ringan dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu CBR650F.

Dengan kuasa tambahan lima peratus dengan enjin empat silinder sejajar CBR650R berbanding model terdahulu menerusi revolusi 1,000 rpm lebih tinggi.

Jika di bandingkan dengan model CBR650F,ternyata kerangka CBR650R lebih ringan iaitu sebanyak enam kilogram.


Model CB650R,yang berkonsepkan Neo Sports Cafe mula diperkenalkan berdasarkan permintaan yang cukup positif terhadap model CB1000R dan CB250R.Kedua model tersebut telah dibawa masuk pada tahun lepas.


Tidak banyak perbezaan dengan model CBR650R,Dengan enjin bersesaran 649cc.CB650R mendapat lima peratus kuasa tambahan melalui sistem ekzos dan pengambilan udara yang terkini.Begitu juga dengan pemassan sesondol serta nisbah mampatan.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda), Keiichi Yasuda, telah menyempurnakan upacara pelancaran kedua model tersebut.Sempena Malaysia Autoshow 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Harga yang ditawarkan pada kedua model tersebut:-

CBR 650R  - RM45,499(tidak termasuk cukai jalan/insuran dan yuran pendaftaran)

CB650R     - RM43,499(tidak termasuk cukai jalan/insuran dan yuran pendaftaran)

Sistem Bre Anti Kekunci ABS tersedia pada kedua model.       -