Tuesday, March 3, 2020

Honda CBR1000RR Fireblade SP - Spesis Motor Lumba Di Jalanraya



Ingatkan Honda CBR1000RR Fireblade sudah power, rupa-rupanya ada sebuah lagi CBR1000RR Fireblade SP lagi power. Ini agaknya spesis jentera  lumba yang halal di jalanraya.

Honda CBR1000RR Fireblade SP dilancarkan bersama CBR1000RR Fireblade pada awal 2019.


Akhirnya setelah 1 tahun lebih menunggu,Tester berpeluang juga menguji model CBR1000RR Fireblade SP.

Honda CBR1000RR Fireblade SP, sebuah jentera yang pantas serta stabil. Jentera mewah dengan teknoloji Honda terkini.

Superbike dengan ergonomik dan bergaya di jalanraya dewasa ini. Bersesuaian dengan harga yang ditawarkan iaitu RM 114,999.


Pertama kali Tester duduk terasa motosikal ini tinggi. Hendal bar jauh ke bawah. Kaki pecut gerenti jatuh cinta dengan motosikal ini.

Info Perlu Diketahui Sebelum Menunggang Honda CBR1000RR Fireblade SP.

Tersergam skrin TFT yang boleh bertukar warna mengikut keadaan cuaca bersize sederhana, sama seperti CBR1000RR Fireblade memaparkan segala info kepada penunggang.

Sebelum menguji motosikal beberapa info yang mustahak selalu menjadi perhatian Tester, iaitu info tentang Gear,Kelajuan dan Rpm.


Isu yang akan memeningkan penunggang. Tiada penunjuk bahan bakar(minyak). Sedangkan info tersebut teramat mustahak ketika menunggang khasnya pada jarak jauh.

CBR1000RR Fireblade SP adalah jentera Honda yang pertama menggunakan Suspensi Kawalan Pintar Elektronik Öhlins.Bermaksud suspensi dikawal sepenuhnya oleh eletronik.


Bukan setakat suspensi malahan Peredam Stereng(damper ) juga diaktifkan melalui sistem eletronik.

Rim depan dan belakang berwarna keemasan tampak menarik.Sistem brek terbaik, Brembo dengan kaliper monobloc di depan. Sementara di belakang tersedia Nissin dengan cakera tunggal.


Tempat duduk(seat) dan pemijak kaki(foot pad) tunggal. Jelas segala ciri-ciri yang terdapat pada CBR1000RR Fireblade SP menunjukkan motosikal ini sofsikated.

Pengalaman Menunggang CBR1000RR Fireblade SP

Menunggang CBR1000RR Fireblade SP cukup berbeza. Pengalaman memainkan peranan dalam mengawal motosikal yang berprestasi serta meledakkan kuasa begitu pantas.

Pengetahuan asas serta tindakbalas sistem eletronik perlu dihadam sebelum menunggang.Jentera yang dilengkapi dengan 'Quick Shifter'.


Harus diingat spesies CBR1000RR Fireblade SP bukan jentera santai. Gaya tunggangan berbeza. Kepada penunggang yang berketinggian 5'5 akan terasa kedudukan hendal bar amat jauh dan kebawah.

Ruang hendal bar terhad jika ingin membuat pusingan.Penunggang akan  terasa selesa dengan tempat duduk tunggal, dimana ruang untuk bergerak kedepan dan belakang luas.


Bagi Tester menunggang CBR1000RR Fireblade SP bukanlah satu idea menarik jika terjebak diidalam kesesakan trafik.

Motosikal ini akan menyalurkan serta mengeluarkan hasil bersesuaian permintaan penunggang. Dalam aspek ini penetapan Mod tunggangan mestilah tepat.

Bagi Tester kekerapan menunggang akan memberikan hasil positif, Contohnya  pengendalian serta kecekapan penetapan eletronik.Dalam arti kata lain, 'Biar Kita kenal Motor.'


Tester dapat rasakan minyak dan sistem eletronik bertindak seiringan. Hasil sedemikan terbentuk setelah pendikit(Throttle) dipulas secara perlahan.

Ibarat kata otai-otai permotoran "makin pulas makin menjadi."

Enjin Dan Prestasi

Enjin 4 lejang 998cc,DOHC 4 injap dengan penyejukkan cecair. Memang power superbike ini. Mampu mengeluarkan kuasa sehingga 189hp @13,000rpm dan tork 114Nm @11,000rpm.

Dibandingkan dengan CBR1000RR Fireblade dari segi tork, Tester memilih jentera SP.Tiada rasa belas kasihan,ergonomiknya mantap.


Apabila pendikit di pulas superbike ini akan buktikan keunggulannya menerusi transmisi klac manual 6 kelajuan. Semuanya terletak di tangan penunggang bagaimana untuk mengawal motosikal.

Dengan bantuan anjakan Quick Shifter Downshift Assist,menjimatkan masa semasa penukaran dari gear tinggi ke gear rendah.

Penunggang juga diberi pilihan Kuasa Power Selector.Harus diingat pemilihan kuasa mestilah bersesuaian dengan pengalaman. Kerana kuasa yang dilontarkan oleh superbike ini cukup pantas.

Ciri Keselamatan

Tidak dinafikan CBR1000RR Fireblade SP sebuah jentera yang pantas, namun dari aspek keselamatan Honda mengekalkan imej "Rugged But Smart."



Kenyataan ini dibuktikan dengan kombinasi Sistem brek Manual dan Eletronik. Brembo dengan dwi cakera didepan dan Nissin dengan cakera tunggal di belakang berindak secara manual.


Sistem brek secara manual diperhebatkan lagi dengan ABS. Tetapi respon ABS yang terdapat pada CBR1000RR Fireblade SP agak kurang. Ianya bertujuan meningkatkan tekanan brek apabila sistem berfungsi.

Berbeza dengan sistem brek secara eletronik. Selectable Enjin Brake(SEB).Canggihnya sistem ini dimana penunggang boleh memilih tahap enjin brake.

Kawalan dan Keselesaan

Head Eletronic Steering Damper(HESD). Peredam Stereng(damper) yang dikawal sepenuhnya oleh eletronik. Tiada kerisauan buat mereka yang baru berjinak dengan dunia Superbike.


HESD akan bertindak mengikut gaya tunggangan. Respon yang cukup bagus sewaktu pecutan ialah kestabilan hendal bar. Impak yang positif serta menambah keyakinan penunggang.

Bukan setakat itu saja, penunggang juga di beri 3 pilihan Mod. Jalanraya, Trek dan Selekoh. Semuanya bergantung mengikut kesesuaian . Setiap mod hanya memakan masa 0.5 saat untuk penukaran.


Terhidang suspensi Ohlins depan dan belakang yang diaktifkan sepenuhnya oleh Eletronik. Tidak perlu lagi penunggang mencari pakar bagi penetapan suspensi.


Secara keseluruhan Tester rumuskan Honda CBR1000RR Fireblade SP merupakan sebuah jentera yang lengkap serta strateji.

Lengkap yang dimaksudkan ialah tersedia dengan pelbagai instrumen canggih.

Sementara strateji pula ialah terhidang dwi pilihan. Samada pengunaan di litar atau jalanraya biasa. Spesies Motor Lumba di atas jalanaya siap siaga dan hanya menunggu arahan penunggang.

Honda CBR1000RR Fireblade SP bukan kaleng-kaleng jentera untuk dicabar.