Wednesday, December 25, 2019

KTM Adventure 250 Saingan Himalaya Royal Enfield




Berita pelancaran KTM Adventure 250 di India pada pertengahan tahun 2020 sudah tersebar luas.Apakah ini satu mimpi buruk buat model Himalaya Royal Enfield atau pun BMW G 310S?

Royal Enfield Himalaya dan BMW G 310S semenjak diperkenalkan di India telah berjaya menawan hati peminat versi Adventure. Himalaya merupakan motosikal adventure paling murah di India.


KTM Adventure 250 tidak jauh beza dengan KTM Adventure 390. Casis dan panel. Terdapat beberapa perbezaan antaranya skim warna,lampu depan,instumen dan enjin.


Adventure 250 di lengkapi dengan 'Sport Rim Alloy'. Di mana depan bersaiz 19 inci dan belakang bersaiz 17 inci.


Model ini juga menggunakkan fork jenis terbalik di hadapan dan monoshock boleh di laras di belakang.


KTM Adventure 250 di kuasai enjin yang sama dengan versi Naked KTM Duke 250.  Enjin248.8cc, penyejukkan cecair, enjin tunggal silinder dengan maksimum 30 Bhp dan 24 Nm tork.


Tuesday, December 24, 2019

12,000 Harley Davidson Trike - Diarahkan Panggil Semula kerosakan "Traction"




12,000 model Harley Davidson Trike terlibat dalam kempen panggil semula bermula 2 dis 2019.

Panggilan semula model ini melibatkan pengeluaran tahun 2019 Trike FLHTCUTGSE dan 2020 Trike FLHTCUTG dan FLRT.

Penarikan balik atau panggilan semula model Trike ini berpunca dari sistem perisian (Software) kawalan daya tarikan(Traction Control).


Dipercayai sistem perisian tersebut memberi isyarat tindak balas yang salah tentang kelajuan roda belakang dengan mengaktifkan salah satu brek belakang.

Isu tersebut akan menyebabkan motosikal berada di dalam keadaan tidak stabil serta kemungkinan berlaku kemalangan.

Arahan  penarikan semula telah dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA).


Pihak Harley Davidson telah memaklumkan kepada pemilik Trike yang terkesan dengan kesilapan sistem perisian tersebut. Sementara wakil penjual Harley Davidson juga dimaklumkan tentang isu panggilan semula.

Kemaskini sistem perisian Harley Davidson Trike yang mana terlibat dengan isu panggilan semula akan dilakukan secara percuma.


Sumber : NHTSA

Saturday, September 7, 2019

MotoGuzzi V 85TT -




Moto Guzzi V85 TT. Satu jenama yang berada di pasaran antarabangsa melebihi 70 tahun. Namun popularitinya tidak menyerlah di Malaysia. Kenapa?

Di luar negara jenama MotoGuzzi mendapat tempat di hati peminat dua roda khususnya yang sukakan keunikan.


Buat pertama kalinya Tester berpeluang menguji motosikal jenama Moto Guzzi..

Moto Guzzi V85 TT. Model ini nampak rendah.Namun bila dudok di atas motosikal, baru sedar V85 TT tinggi.


Yang peliknya ini merupakan sebuah motosikal model Eropah, dimana kedua belah kaki masih mampu pijak ke bumi tanpa perlu berwaspada. Heran jugak.

Tester diberi peluang untuk menguji model V85 TT selama 4 hari.

Seperti biasa ujian dilakukan di waktu siang,malam dan juga dalam hujan.Cuma dengan Moto Guzzi V85 TT ujian tambahan di lakukan di jalan Off Road.Bersesuaian dengan karektor motosikal.

10 Perkara Tentang Moto Guzzi V85 TT  Perlu Diketahui .



1) Ketinggian sesuai untuk penunggang Asia.

Sudah tradisi motosikal keluaran Eropah sememangnya tinggi. Namun Moto Guzzi V85 TT agak berbeza. Nampak rendah tetapi bila berada diatas motosikal terasa tingginya.

Peliknya apabila motosikal dipecut laju, kita boleh terasa satu perubahan iaitu badan motosikal terasa semakin menurun atau rendah.

2) Klasik Enduro



Reka bentuk unik dengan paparan 'Retro' serta mampu berdaya saing di  segmen off road.

3) Motosikal Adventure yang ergonomik.



Sebuah motosikal Adventure maka ergonomiknya adalah tepat. Hendal bar mudah dijangkau, ia tidak terlalu luas serta  tidak terlalu rendah. Menunggang di jalan raya atau off road tanpa perlu berfikir panjang.

4) Panel Meter terkini skrin 'TFT'.



Panel instrumen datang dengan skrin TFT yang menawarkan grafik biru. Pelbagai maklumat yang berguna kepada penunggang terpampang di skrin sewaktu menunggang.

Tidak ketinggalan Moto Guzzi V85 TT juga ada pilihan untuk sambungan ke telefon penunggang.

5) Karekter Enjin yang unik. 



Model ini di bekalkan dengan 6 transmisi kelajuan. Enjin V Twin 90 darjah dengan kedudukan melintang, Sistem penyejukkan udara, Moto Guzzi V85 TT menawarkan 80hp pada 7,750 rpm dan 80Nm pada 5,000 rpm.

Sebaik saja enjin dihidupkan enjin akan bergoncang ke kiri dan kanan. Ini adalah karekter enjin Moto Guzzi. Setiap kali gear di tukar dapat dirasakan casis akan bergoyang.

Shaft- Moto Guzzi V85 TT tidak menggunakan rantai
Itu sebenarnya tidak memberikan sebarang gangguan ketika menunggang. Sewaktu pecutan kita akan terlupa motosikal tersebut adalah jenama Moto Guzzi,

Enjin tidak bergoncang, karekternya sama seperti motosikal lain.Keupayaan kuasa yang dihasilkan oleh enjin amat sempurna.


Tester kategorikan model V85 TT terdapat keseimbangan hebat antara prestasi enjin dan ketangkasan casis.

6) Suspensi belakang yang unik.



Normalnya absorber belakang akan tergantung di cassis atau terletak di tengah badan. Tetapi bagi moto Guzzi V85 TT agak unik.

Absorber belakang tergantung di tepi dan diikat pada shaft. Kedudukan absorber di sebelah kanan serta tunggal. Kestabilan terbukti khususnya semasa mengambil selekoh.

7) Sistem Brek Terkini.



Sistem brek Brembo dengan cakera terapung berkembar 320mm tersedia di depan dan cakera tunggal 260mm kaliper dua piston di belakang. Sistem brek seperti yang terdapat di Superbike.


Brek terasa lembut baik pada brek tangan mahupun brek kaki. Cengkaman yang dihasulkan melalui ABS terbukti meyakinkan penunggang.

8) Kusyen yang lembut



Tempat duduk yang lembut dan selesa mempengaruhi penunggang dalam menuju destinasi yang di rancang. Moto Guzzi V85 TT ,jentera Multi Purpose (Dwi Guna).

Sebuah motosikal yang menyajikan keselesaan tempat duduk dengan pelbagai definasi. Antaranya penunggang tiada sekatan sewaktu mengubah kedudukan dalam masa cepat.


Kusyen yang lembut ini juga disokong oleh suspensi depan dan belakang walaupun menunggang di jalan off road.

9) Sesuai untuk perjalanan jarak jauh.



Trend terkini, motosikal adventure di negara kita  merupakan satu kemudahan untuk mengembara ke destinasi yang jauh.

Ketahanan enjin,penjimatan minyak,keselesaan tempat duduk bagi penunggang dan pembonceng serta pengendalian merupakan isu utama bagi mereka yang berhajat mengembara.


Hasil ujian Tester dapati Moto Guzzi V85 TT memiliki dan sesuai kepada mereka yang berhajat mengembara jauh, apatah lagi secara berpasangan.

10) Pengendalian Mudah Di Off Road.



Model V85 TT yang tersedia dengan 3 Mod. Road,Rain dan Off Road. Cukup mudah dengan sekadar mengubah dari Mod Road kepada Mod Off Road, segala-galanya dikontrol oleh motosikal.

Penunggang hanya perlu mengendalikan motosikal. Ujian singkat di jalan batu kerikil dan berpasir telah saya lakukan hampir 15km. Sepanjang ujian tersebut ada masanya saya terpaksa berdiri.


Walaupun saya kurang mahir dengan tunggangan di permukaan off road, namun perasaan konfiden agak tinggi dengan Moto Guzzi V 85TT.

Suspensi jenis terbalik di depan
Ini mungkin di sebabkan suspensi depan dan belakang bertindak dengan mantap.

Kesimpulannya Moto Guzzi V85 TT adalah sebuah motosikal Dwi Guna dengan karekter yang menakjubkan. Sudah banyak varian adventure yang saya pernah tunggang uji.

Namun V85 TT berjaya menawan hati untuk menunggang dan terus menunggang.

Moto Guzzi V85 TT  datang dengan dua pilihan warna. Merah dan kuning serta warna hitam dan kelabu.

SPESIFIKASI: Moto Guzzi V85 TT

Enjin: 853cc, berkembar 90 ° V berkembar, dua injap setiap silinder (titanium intake)
Kuasa maksimum: 80hp pada 7,750rpm
Tork maksimum: 80Nm pada 5,000rpm
Transmisi :Enam kelajuan

Suspensi depan: garpu atas teleskopik 41mm hidraulik, dengan preload spring laras dan pemulihan hidraulik
Suspensi belakang: Lengan ayunan bermuka dua dengan preload spring laras dan rebound hidraulik

Brek depan: Double 320mm cakera terapung, callipers Brembo radial dipasang dengan 4 piston
Brek belakang: cakera 260mm, calliper terapung dengan 2 piston

Kapasiti bahan bakar: 21 liter

Berat basah: 229kg

Harga Yang di tawarkan RM79,888 (tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran)

Galeri : Moto Guzzi V85 TT

































Thursday, August 29, 2019

Adakah Lifan LF150-T Menyamai ADV 150?



Pernah pembaca mendengar nama Lifan LF 150-T? Rasanya ada yang pernah dan banyak yang tidak ambik peduli.

Hadirnya Honda ADV 150 telah berjaya mengalih fokus peminat dua roda dari menjeling model keluaran negara China ini.

Mungkin ada yang berkata model Skuter Lifan LF 150-T, di ciplak dari Honda ADV 150.

Jangan cepat melatah, kenyataannya Skuter Lifan LF 150-T terlebih dulu berada di pasaran iaitu awal tahun 2019. Sedangkan Honda ADV 150 muncul di pasaran pada bulan Julai 2019.


Reka bentuk Lifan LF150-T agak radikal, lampu depannya berbeza dari Honda ADV 150 seperti kotak bentuknya.

Kuasa maksimum diklasifikasikan sebagai lebih rendah, iaitu hanya 11.5 hp pada 8,500 rpm dan 11 Nm pada 5,500 rpm.Enjin 150cc, Injection dengan sistem penyejukan cecair.

Sistem brek ABS juga telah tersedia pada skuter ini.


Apabila dibandingkan dengan Honda ADV150, Lifan LF150-T kelihatan lebih sederhana. Visor depan penghadang angin tidak jauh berbeza dengan Honda ADV 150.

Walau bagaimanapun, terdapat komponen menarik pada skuter ini yang jelas berbeza dari Honda ADV150.

Komponen tersebut adalah suspensi penggantungan depan jenis terbalik. Ini menunjukkan Skuter Lifan LF150-T kelihatan lebih berdaya tahan di bahagian depan.


Sementara suspensi penggantungan belakang Lifan LF150-T adalah tunggal. Kedudukan suspensi tersebut terletak di tengah. Jelas sekali suspensi model ini adalah tawaran yang berbeza dan menarik.

Apakah pilihan pembaca , Honda ADV 150 atau Lifan LF 150-T.




Wednesday, August 28, 2019

Gaya Cafe Lebih Ergonomik - Z 900 RS Cafe



Hampir 1 tahun menunggu akhirnya berpeluang juga menunggang Kawasaki Z 900RS Cafe.Kalau sudah lama menunggu mesti hebat motosikal ini.

Z900RS Cafe lebih kurang sama dengan adik beradiknya iaitu Kawasaki Z 900 RS. Tetapi Z 900 RS Cafe ada keistimewaan tersendiri.


Tester dapati Z 900RS Cafe, Suspensi depan dibekalkan dengan fork jenis terbalik.Sementara monoshock di belakang boleh di laraskan mengikut keselesaan penunggang.

Nampaknya imej cafe racer bukan sekadar berbeza rupa, pastinya gaya menunggang pun berbeza.


Pelana Z 900RS Cafe ini agak tinggi dan tidak mengikut speksifikasi model asas Cafe iaitu 820mm. Hendal bar ternyata lebih rendah dan mendatar.

Nampaknya beban semasa menunggang akan turun sepenuhnya kepada kedua belah tangan.Walaupun gaya sporty yang kurang ekstrim di tawarkan oleh model ini.


Tersedia visor pengadang angin bertujuan memberikan perlindungan angin lebih baik, sesuai buat mereka yang menunggang secara agresif. Tetapi bagi penunggang yang tinggi mungkin perlukan visor lebih tinggi.

Enjin 4 silinder bersesaran 948cc, tentang enjin Tester setuju memang power.Pada sesi ujian di jarak jauh terbukti kuasa yang diberikan oleh Z 900RS Cafe mantap dan mampu bersaing di dalam kelasnya.


Enjin ini menjana tork 97.6Nm (6,500rpm), Tester cukup teruja setiap kali mendengarkan bunyi ekzos. Tersedia ekzos dari keluli tahan karat (stainless steel).

Bunyi yang dihasilkan serta prestasinya merupakan hasil dari talaan ekzos 4-1.Tester pernah menguji Kawasaki Z 900 RS.Dari segi pecutan ternyata Z900 RS Cafe tidak begitu agresif jika dibandingkan dengan model Z 900 RS.


Aspek keselamatan, usah risau model ini dilengkapi dengan kawalan traksi (TRC) 2 mod dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tidak banyak kelemahan yang terdapat pada Z 900RS Cafe. Hanya dua isu yang di temui setelah selesai tunggang uji.


Pertama kusyen(seat) agak tinggi. Kepada penunggang yang rendah, peluang bagi kedua belah kaki memijak ke bumi ketika memberhentikan motosikal adalah mustahil.

Kedua iaitu kedudukan hendal bar yang ke bawah serta mendatar. Akibatnya kedua belah tangan terpaksa menanggung beban sewaktu menunggang, seolah-olah menunggang superbike.


Dua isu tersebut bukanlah isu besar,malah dengan sedikit modifikasi yang dilakukan akan memberi keselesaan sewaktu menunggang.

Harga yang ditawarkan RM 72,372 tidak termasuk cukai Jalan,insuran dan yuran pendaftaran.