Wednesday, August 28, 2019

Gaya Cafe Lebih Ergonomik - Z 900 RS Cafe



Hampir 1 tahun menunggu akhirnya berpeluang juga menunggang Kawasaki Z 900RS Cafe.Kalau sudah lama menunggu mesti hebat motosikal ini.

Z900RS Cafe lebih kurang sama dengan adik beradiknya iaitu Kawasaki Z 900 RS. Tetapi Z 900 RS Cafe ada keistimewaan tersendiri.


Tester dapati Z 900RS Cafe, Suspensi depan dibekalkan dengan fork jenis terbalik.Sementara monoshock di belakang boleh di laraskan mengikut keselesaan penunggang.

Nampaknya imej cafe racer bukan sekadar berbeza rupa, pastinya gaya menunggang pun berbeza.


Pelana Z 900RS Cafe ini agak tinggi dan tidak mengikut speksifikasi model asas Cafe iaitu 820mm. Hendal bar ternyata lebih rendah dan mendatar.

Nampaknya beban semasa menunggang akan turun sepenuhnya kepada kedua belah tangan.Walaupun gaya sporty yang kurang ekstrim di tawarkan oleh model ini.


Tersedia visor pengadang angin bertujuan memberikan perlindungan angin lebih baik, sesuai buat mereka yang menunggang secara agresif. Tetapi bagi penunggang yang tinggi mungkin perlukan visor lebih tinggi.

Enjin 4 silinder bersesaran 948cc, tentang enjin Tester setuju memang power.Pada sesi ujian di jarak jauh terbukti kuasa yang diberikan oleh Z 900RS Cafe mantap dan mampu bersaing di dalam kelasnya.


Enjin ini menjana tork 97.6Nm (6,500rpm), Tester cukup teruja setiap kali mendengarkan bunyi ekzos. Tersedia ekzos dari keluli tahan karat (stainless steel).

Bunyi yang dihasilkan serta prestasinya merupakan hasil dari talaan ekzos 4-1.Tester pernah menguji Kawasaki Z 900 RS.Dari segi pecutan ternyata Z900 RS Cafe tidak begitu agresif jika dibandingkan dengan model Z 900 RS.


Aspek keselamatan, usah risau model ini dilengkapi dengan kawalan traksi (TRC) 2 mod dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tidak banyak kelemahan yang terdapat pada Z 900RS Cafe. Hanya dua isu yang di temui setelah selesai tunggang uji.


Pertama kusyen(seat) agak tinggi. Kepada penunggang yang rendah, peluang bagi kedua belah kaki memijak ke bumi ketika memberhentikan motosikal adalah mustahil.

Kedua iaitu kedudukan hendal bar yang ke bawah serta mendatar. Akibatnya kedua belah tangan terpaksa menanggung beban sewaktu menunggang, seolah-olah menunggang superbike.


Dua isu tersebut bukanlah isu besar,malah dengan sedikit modifikasi yang dilakukan akan memberi keselesaan sewaktu menunggang.

Harga yang ditawarkan RM 72,372 tidak termasuk cukai Jalan,insuran dan yuran pendaftaran.








No comments:

Post a Comment