Friday, March 15, 2019

Panggil Semula: KTM 1290 Super Adventure



Sekiranya anda mempunyai model KTM 1290,model 2015 atau 2016.Ini mungkin menarik perhatian. Pihak Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA) di US, telah mengarahkan untuk memanggil semula model ini.

Penutup tangki minyak yang di percayai bocor,isu yang di kesan berlaku kepada KTM Adventure 1290 keluaran tahun 2015 dan 2016.


Bagi motosikal yang tumbang atau jatuh semasa menunggang, mahupun semasa motosikal tidak bergerak dalam keadaan enjin tidak di hidupkan.Ada kemungkinan bahan api boleh meresap atau keluar dari penutup tangki minyak.

Kebocoran bahan api boleh akibatkan kerosakan atau berlaku kebakaran. Kemungkinan kecederaan atau kematian kepada pengguna motosikal tersebut amat tinggi.Keseluruhan, panggilan semula ini melibatkan 1,588 buah motosikal.


Bagi menangani isu ini, pemilik yang terlibat dengan isu tersebut telah di maklumkan oleh pihak KTM dan begitu juga kepada pengedar motosikal. Pihak KTM akan memeriksa tangki bahan api dan menggantikan secara percuma. Panggilan semula ini bermula pada 1 Mac, 2019.

No comments:

Post a Comment