Thursday, January 10, 2019

Suzuki Gixxer 250 yang akan dilancarkan di India menjelang Jun 2019



Suzuki Gixxer 250 baru akan tiba di India. Paten reka bentuk enjin Suzuki Gixxer 250 didedahkan oleh blog motosikal Jepun. Dalam perkembangan terbaru, sementara Suzuki belum mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan Gixxer 250 tersebut. Berita tersebar bahawa motosikal baru tersebut akan dilancarkan pada pertengahan 2019.


Suzuki Gixxer 250 mengikut klu hampir sama dengan model dari China iaitu Haojue DR300 (gambar) yang dijual sebagai Suzuki GSX-S300 di pasaran terpilih.


Paten enjin Suzuki Gixxer 250 akan menggunakan satu silinder, udara dan oil cool untuk menjimatkan kos.Enjin kemungkinan akan datang dengan teknologi suntikan bahan api(fuel Injection) untuk mematuhi emisi Euro-V / BS-VI. Jangkakan output kuasa maksimum dalam lingkungan 20-25 PS dari enjin 250 cc.


Senarai ciri kemungkinan besar termasuk pencahayaan LED penuh - lampu depan dan lampu belakang. Meter akan dilengkapi dengan paparan digital. Sama seperti ciri yang terdapat pada Gixxer 155 dan Gixxer SF.

Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer 250 SF  di jangka  akan bersaing dengan Yamaha FZ25 dan KTM 250 Duke. 

No comments:

Post a Comment