Wednesday, June 19, 2019

3 Model Terkini Honda Di Lancarkan


Terkini, pasaran motosikal kelas pertengahan di negara kita mendapat tiga tawaran dari Boon Siew Honda Malaysia.Honda CBR500R 2019, Honda CB500F versi Naked dan Adventure Honda CB500X.


Boon Siew Honda juga telah mengumumkan harga bagi 3 model yang baru dilancarkan. Model CBR500R berharga RM34,999 manakala CB500F RM33,999 dan CB500X RM36,099. Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Bagi 2019, ketiga model Honda tersebut datang dengan standard ABS dengan monoshock belakang yang disemak, klac bantuan(assist) dan slipper klac.


Dengan pencahayaan LED dan panel instrumen LCD. Terkini untuk ketiga model pertengahan adalah lampu peralihan yang ditetapkan pada 8,750 rpm dan boleh laras dalam kenaikan 250 rpm antara 5,000 hingga 8,750 rpm.

Enjin 471 cc kembar selari dengan lapan injap, menghasilkan 49.6 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 6,500 rpm. Kuasa pecutan dengan enam gear kelajuan dan pemacuan rantai.

CBR500R


CBR50R - 2019  -  RM 34,999  
Direka bentuk dengan gaya yang lebih agresif, seperti CBR1000RR. Fed oleh PGM-FI Honda, salur masuk, ekzos dan injap telah disemak semula bagi menghasilkan 4% lebih kuasa dan torque mid-range.

Juga dengan pelana dan unit ekor yang lebih sempit demi meningkatkan ergonomik penunggang dan pergerakan. Klip hendal pada bahagian bawah kuk atas untuk memberikan kedudukan menunggang yang lebih sporty.

Terdapat tiga pilihan warna untuk Honda CBR500R 2019 – Grand Prix Red, Max Axis Grey Metallic dan Pearl Metalloid White.

CB500F


CB500F - 2019 - RM 33,999
Model dengan ubahsuai badan yang baru dan direka bentuk untuk menjadi "mesin serba boleh". Assist dan Slipper klac, mengurangkan usaha di tuil klac.Ini menjadikan Honda CB500F mudah di kendalikan terutama dalam ksesakan trafik.

Honda CB500 2019 datang dalam tiga warna pilihan. Grand Prix Red,Gun Powder Black Metallic dan Pearl Metalloid White.

CB500X


CB500X - 2019 - RM 36,099


Paling ketara pada model ini ialah perubahan saiz roda depan, dimana model terdahulu dibekalkan dengan saiz 17 inci.Terkini telah di naiktarafkan kepada 19 ini. Difahamkan ianya memudahkan pengendalian di permukaan jalan yang tidak rata dan kasar.

Honda CB500X menawarkan 3 warna pilihan, Grand Prix Red,Gun Powder Metallic dan Pearl Metalloid White.

Menurut Boon Siew Honda, ketiga versi ini akan berada di wakil pengedar sah Boon Siew Honda pada hujung bulan Jun nanti.Jaminan kilang juga di berikan kepada iaitu 2 tahun atau 20,000km, yang mana terdahulu.

No comments:

Post a Comment