Monday, June 17, 2019

Khas untuk Malaysia sahaja - Ysuku ULTRAMAN



Yamaha Y15ZR sememangya antara motosikal paling hangat masa kini. Kalau bawak ride hujung minggu atau ronda kampung memang terbaik.



Kini terdapat Yamaha Y15ZR Ultraman edisi terhad hanya 100 unit sahaja keluarannya.

Ia dibangunkan hasil kerjasama Taigaco Sdn Bhd (Taigaco) dan Welly Assorted Sdn Bhd, dan Waisuku Ultraman.

Taigaco merupakan ejen perlesenan karakter Ultraman klasik original di Malaysia, Singapura, Indonesia dan beberapa lagi negara Asia Tenggara.

Harga Y15ZR Ultraman ialah RM12,688 sahaja dan dijual eksklusif di Welly. Untuk setiap pelanggan, motosikal mereka akan didaftarkan dengan nombor pilihan mereka (001 hingga 100) berdasarkan siapa cepat.


Pembeli model ini juga akan menerima sijil ketulenan, kemeja-T Ultraman edisi terhad, poskad Ultraman dan foto belakang tabir eksklusif.

Keunikan Y15ZR Ultraman ini adalah rekaan airbrush sepenuhnya, emblem edisi terhad, tuil brek dank lac Rapido, penutup enjin Yamaha serta penutup radiator Y15ZR.

Pra-tempahan dibuka sekarang dan kelompok pertama akan mula diserahkan Julai depan.


No comments:

Post a Comment