Wednesday, July 31, 2019

Triumph Rocket 3 R Debut -165Hp Tiga Cylinder



Triumph Rocket 3 R

Triumph Rocket 3 GT
Tester letih memikirkan produk keluaran Triumph.Memang sekali fikir tidak masuk akal.Triumph Rocket III motosikal dengan enjin tiga silinder 2,294cc.

Terbesar dari mana-mana pengeluaran motosikal. Bukan khayalan malah kenyataan.

Triumph Rocket 3 GT

Triumph Rocket 3 R
Hari ini Triumph Rocket 3 R dan Triumph Rocket 3 GT, yang mempunyai tiga silinder  2,500cc.Menjadikan ianya 165 hp dan 163 lbs ft tork.

Ini merupakan pertambahan 11% kuasa dari generasi sebelumnya iaitu Triumph Rocket 3 TFC.

Perbezaan dua variasi tersebut ialah, Triumph Rocket 3 R lebih dikenali sebagai " Muscle Roadster".Sementara model Triumph Rocket 3 GT adalah lebih kepada "Daya Penunggang".


Kedua-dua varian ini mempunyai lampu berkembar LED, tiga kepala paip hidroform, pemijak kaki tersembunyi bagi pembonceng, roda cast aluminium 20-spoke dengan saiz tayar belakang 240mm.


Triumph telah memasang Brembo Calipers Stylema yang baru, bersama dengan suspensi Showa.

Terdapat  paparanTFT , ABS cornering, dan kawalan daya tarikan bantuan IMU.


Bagi model GT juga tersedia pencahayaan LED, kawalan pegangan bukit( hill hold control), kawalan menunggang(cruise control), pencucuhan tanpa kunci(keyless), dan genggaman(heater grips).

Motosikal ini dijangka akan berada di pasaran Eropah pada bulan Januari 2020.

Gambar Triumph Rocket 3 R :




















Gambar Triumph Rocket 3 GT:















Monday, July 29, 2019

Adakah ini Benelli TNT600 Facelift Terkini?


Tester baru-baru ini telah terjumpa gambar yang diviralkan oleh laman web dari luar negara perihal Facelift model Benelli TNT 600 terkini.

Andai benar ini menandakan penghujung 2019, Benelli telah bersedia untuk mengeluarkan senjata baru. Iaitu segmen  kelas 600cc yang didakwa sebagai wajah baru daripada versi Benelli TNT600.

Dari pandangan depan
Dapat dilihat perubahan yang paling ketara ialah lampu depan, kedudukan ekzos, manakala bahagian enjin dan bingkai masih menggunakan asas TNT600 sebelumnya.

Dari pandangan Belakang
Sementara lampu belakang lebih hebat dan nampak agresif dengan dua reflektor lampu belakang yang sedikit masuk ke dalam.

Model sebelumnya dengan ekzos Undertail
Walaupun bentuk badan belakang semakin tajam dan posisi ekzos kini berubah dari asal. Di mana model terdahulu ekzos undertail.

Versi terkini, bandingkan dengan versi terdahulu
Dari gambar yang tersebar, kedudukan ekzos adalah Underbelly iaitu di bawah enjin. Jika dilihat dari posisi atas,model ini kelihatan lebih ramping.

Pandangan dari atas versi baru 
Dan bagi bahagian enjin, ia kelihatan seperti TNT600 masih menggunakan enjin Benelli 600. Iaitu asasnya 4 silinder, dikatakan mencapai kuasa maksima 82 PS pada 11000 rpm.

Sementara tork 52 Nm max pada 8000 rpm. Bukan sahaja enjin, bingkai jenis kerangka digabungkan dengan suspensi belakang dan rim Aloi seakan sama dengan versi sebelumnya.


Andai jika ianya menjadi kenyataan, motosikal ini akan menjadi pesaing yang kuat kepada Honda CB650R yang juga menggunakan enjin konfigurasi 4 silinder.

Reka bentuk motosikal ini hampir sama dengan Kawasaki ER6N atau Kawasaki Z650. Jadi sama-sama kita tunggu akan kemunculannya. 

Thursday, July 18, 2019

Apa Beza Honda X-ADV 150 Dan Yamaha NVX 155



Satu lagi kejutan oleh Honda, Skuter X-ADV 150 telah di pertontonkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS).


Dari segi penampilannya, Honda X-ADV 150 ia tidak ubah seperti abangnya cuma saiz yang sedikit kecil.

Pada bahagian hadapan, ia menggunakan lampu LED berkembar yang turut dipadankan pelindung angin.

Skuter X-ADV 150 terhasil dari inspirasi Honda X-ADV 750cc yang memiliki karakter menarik untuk ditunggang di jalan raya biasa atau laluan lasak.

Yamaha NVX 155 dan Skuter X-ADV 150, sebenarnya kedua-dua model itu tidak dalam kategori yang sama.


Bagaimanapun perbandingan boleh dibuat berdasarkan kuasa enjin serta beberapa spesifikasi lain.

Yamaha NVX 155, bukannya kategori skuter adventure seperti Honda X-ADV 150.

Jadi bagi memudahkan anda mengetahui perbezaannya, kami sediakan jadual seperti di bawah:

  Honda X-ADV 150 (Spesifikasi Indonesia)  Yamaha NVX 155 (Spesifikasi Malaysia)
Enjin                  149.3cc                                                    155cc
Kuasa maksimun  14.4hp                                                    14.7hp
Tork maksimum  13.2Nm                                                    13.8Nm
Panjang                  1,950mm                                            1,990mm
Lebar                  763mm                                                    700mm
Tinggi                  1,153mm                                            1,125mm
Tayar depan          110/80-14                                            110/80-14
Tayar belakang  130/70-13                                            140-70-14
Transmisi                  V-Matic                                                    V-Belt

Wednesday, July 10, 2019

Adakah ini Imej sebenar Honda Winner X aka Honda RS150 V2.



Jangan terkejut motosikal ini belum hadir lagi di negara kita. Tester terpandang gambar ini dari laman sosial sebuah negara Indo China yang begitu hangat menceritakan perihal model ini.

Jenamanya bukanlah calang-calang.Satu jenama yang tersohor di dunia iaitu Honda. Negara tersebut yang Tester maksudkan ialah Vietnam. Honda Winner 150 X, itu nama yang di beri bagi model ini di Vietnam.

Difahamkan Honda Vietnam bakal memperkenalkan generasi baharu jentera mopednya menerusi Honda Winner 150 X pada 13 Julai ini. Di Malaysia, model ini lebih dikenali sebagai RS150 R.


Melihatkan pada wajah Honda Winner 150 X generasi kedua (V2) begitu ketara sekali di bahagian hadapan. Tiada lampu utama di bahagian kepala, malah lampu tersebut tersergam indah pada badan hadapan bahagian bawah.

Lampu isyarat dan lampu brek di reka berasingan. Paling menarik ini adalah model moped pertama dipadankan sistem brek anti kekunci (ABS).

Di lengkapi posisi gear dan meter kelajuannya juga dengan ciri digital termasuk RPM.


Bila nak di bawa masuk ke negara kita, belum pasti dan mungkin memakan masa yang lama.

Namun pemerhatian Tester pada model Honda RS150R V2 ini, sebuah moped yang cantik dan bergaya tersendiri dengan ciri-ciri moden memenuhi citarasa terkini.

Harap bersabar, jika ada sebarang info,Tester akan kemaskini demi pembaca blog ini yang setia.


Sunday, July 7, 2019

Aprilia RSV4 1100 Factory 2019 Di Pasaran Malaysia


Aprilia RSV4 1100 Factory 2019
Model RSV4 1100 Factory sebenarnya memperingati tahun ke-10 Aprilia RSV4. Anugerah Best Sportbike Of The Year. Dengan kuasa dan prestasi serta khususnya peralatan elektronik APRC (Aprilia Performance Ride Control) buat model RSV4 keluaran tahun 2009.


RSV4 1100 Factory 2019, ditambah 100cc dari model terdahulu. Perancangan kuasa V-Four dengan 1078cc 65 darjah melihat kenaikan 16 hp dan 6.8 Nm menjadi 217 hp pada 13,200 RPM dan 122 Nm tork pada 11,000 RPM.


Ini menjadikan Aprilia RSV4 1100cc Factory 2019 sebuah motosikal Superbike yang cukup berkuasa dan bakal digilai oleh mereka yang suka pada pecutan.

Perlancaran oleh Mr Goh Kian Sin,Director Didi Resources Sdn Bhd
Didi Resources baru sahaja melancarkan 2019 Aprilia RSV4 1100 Factory. Harga adalah dari RM 159,900 tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran. 



Model yang dilengkapi dengan pakej APRC(Aprilia Perfomance Ride Control) baru.Terdapat 5 fungsi APRC yang disediakan pada jentera ini.

1) Kawalan Daya Kawanan Aprilia (ATC)
2) Aprilia Wheelie Control (AWC)
3) Aprilia Launch Control (ALC),
4) Aprilia Quick Shift (AQS)
5) Aprilia Pit Limiter (ALC)



Aprilia RSV4 1100 Factory ternyata lebih ringan sebanyak 5 kg daripada model sebelumnya.Hasilnya berat keseluruhan model ini dengan bahan api hanya 199 kg,


Antara yang menyebabkan motosikal ini  ringan ialah Bateri lithium-ion Bosch dan sistem Ekzos Akrapovic.



Jangan terkejut, model ini dibekalkan dengan Edisi  khas ekzos Akrapovic. Sistem Ekzos Akrapovic yang di reka khas untuk Aprilia RSV4 1100 Factory ini,bukan sahaja untuk meningkatkan kuasa malahan menghasilkan keluk kuasa dan tork yang lancar.


Menyentuh mengenai bingkai yang diperbuat dari Aliminium, disamping perubahan pada geometri stereng menghasilkan dalam jarak roda 4mm yang lebih pendek.


Pengekalan fork depan dengan jenama Öhlins NIX laras sepenuhnya dan monoshock belakang Öhlins TTX. Walaubagaimana pun sebarang perubahan kepada suspensi depan dan belakang adalah manual.


Sistem brek yang cukup bergaya "Brembo Stylema". Lebih kecil dan lebih ringan.


Suatu kelainan yang istimewa terpasang pada motosikal ini.Iaitu Aerobody yang diilhamkan oleh MotoGP. Terdapat dua spoiler dipasang di setiap sisi fairing. Berfungsi menjana 8 kg downforce pada 300 km / j untuk memastikan tayar depan sentiasa di atas jalan sewaktu pecutan.