Wednesday, July 10, 2019

Adakah ini Imej sebenar Honda Winner X aka Honda RS150 V2.



Jangan terkejut motosikal ini belum hadir lagi di negara kita. Tester terpandang gambar ini dari laman sosial sebuah negara Indo China yang begitu hangat menceritakan perihal model ini.

Jenamanya bukanlah calang-calang.Satu jenama yang tersohor di dunia iaitu Honda. Negara tersebut yang Tester maksudkan ialah Vietnam. Honda Winner 150 X, itu nama yang di beri bagi model ini di Vietnam.

Difahamkan Honda Vietnam bakal memperkenalkan generasi baharu jentera mopednya menerusi Honda Winner 150 X pada 13 Julai ini. Di Malaysia, model ini lebih dikenali sebagai RS150 R.


Melihatkan pada wajah Honda Winner 150 X generasi kedua (V2) begitu ketara sekali di bahagian hadapan. Tiada lampu utama di bahagian kepala, malah lampu tersebut tersergam indah pada badan hadapan bahagian bawah.

Lampu isyarat dan lampu brek di reka berasingan. Paling menarik ini adalah model moped pertama dipadankan sistem brek anti kekunci (ABS).

Di lengkapi posisi gear dan meter kelajuannya juga dengan ciri digital termasuk RPM.


Bila nak di bawa masuk ke negara kita, belum pasti dan mungkin memakan masa yang lama.

Namun pemerhatian Tester pada model Honda RS150R V2 ini, sebuah moped yang cantik dan bergaya tersendiri dengan ciri-ciri moden memenuhi citarasa terkini.

Harap bersabar, jika ada sebarang info,Tester akan kemaskini demi pembaca blog ini yang setia.


No comments:

Post a Comment