Monday, July 29, 2019

Adakah ini Benelli TNT600 Facelift Terkini?


Tester baru-baru ini telah terjumpa gambar yang diviralkan oleh laman web dari luar negara perihal Facelift model Benelli TNT 600 terkini.

Andai benar ini menandakan penghujung 2019, Benelli telah bersedia untuk mengeluarkan senjata baru. Iaitu segmen  kelas 600cc yang didakwa sebagai wajah baru daripada versi Benelli TNT600.

Dari pandangan depan
Dapat dilihat perubahan yang paling ketara ialah lampu depan, kedudukan ekzos, manakala bahagian enjin dan bingkai masih menggunakan asas TNT600 sebelumnya.

Dari pandangan Belakang
Sementara lampu belakang lebih hebat dan nampak agresif dengan dua reflektor lampu belakang yang sedikit masuk ke dalam.

Model sebelumnya dengan ekzos Undertail
Walaupun bentuk badan belakang semakin tajam dan posisi ekzos kini berubah dari asal. Di mana model terdahulu ekzos undertail.

Versi terkini, bandingkan dengan versi terdahulu
Dari gambar yang tersebar, kedudukan ekzos adalah Underbelly iaitu di bawah enjin. Jika dilihat dari posisi atas,model ini kelihatan lebih ramping.

Pandangan dari atas versi baru 
Dan bagi bahagian enjin, ia kelihatan seperti TNT600 masih menggunakan enjin Benelli 600. Iaitu asasnya 4 silinder, dikatakan mencapai kuasa maksima 82 PS pada 11000 rpm.

Sementara tork 52 Nm max pada 8000 rpm. Bukan sahaja enjin, bingkai jenis kerangka digabungkan dengan suspensi belakang dan rim Aloi seakan sama dengan versi sebelumnya.


Andai jika ianya menjadi kenyataan, motosikal ini akan menjadi pesaing yang kuat kepada Honda CB650R yang juga menggunakan enjin konfigurasi 4 silinder.

Reka bentuk motosikal ini hampir sama dengan Kawasaki ER6N atau Kawasaki Z650. Jadi sama-sama kita tunggu akan kemunculannya. 

No comments:

Post a Comment