Thursday, February 27, 2020

Superbike Santai - CBR1000R Fireblade.



Sebut saja nama Fireblade teringat zaman 80an.CBR900 Fireblade pernah ku miliki. Penuh bergaya dan kegilaan ramai.Superbike paling hebat ketika itu.


Tester berpeluang menguji CBR1000RR Fireblade 2019. Hakikatnya model Asas(Basic) Fireblade tahun millenium ini dibekalkan dengan sistem eletronik terkini  walaupun tidak sepenuhnya.

Sentuhan pertama Honda CBR1000RR Fireblade cukup mengagumkan.Apa yang Tester boleh klasifikasikan ialah motosikal ini memberi ruang kawalan yang cukup mantap kepada penunggang.

Dari kemantapan kawalan maka lahirlah kenikmatan semasa menunggang. Lantaran kenikmatan sudah dirasai secara automatik hati akan berkata Honda CBR1000RR Fireblade cukup senang dikawal.

Kenapa CBR1000RR Fireblade mudah dikawal?

Pemerhatian Tester di peringkat awal adalah pada hendal bar. Ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan superbike yang terdapat di pasaran.


Kedudukan Hendal Bar CBR1000RR Fireblade agak lebih tinggi kedudukannya iaitu 1 inci melebihi dari superbike yang lain. Kedudukan hendal bar menawarkan keselesaan semasa menunggang motosikal.

Selain dari Hendal Bar ialah ketinggian tempat duduk(kusyen ). Mungkin kepada penunggang yang tinggi ianya bukan satu isu.

Tapi bagaimana kepada mereka yang berketinggian 5 kaki 5 inci?



Menjawab kepada persoalan tersebut, Tester dapat rasakan ketinggian kusyen CBR1000RR Fireblade memainkan peranan dalam membantu penunggang yang rendah.Tambahan pula kusyennya lembut.

Berkualiti dan Kemas

Hasil penelitian, Tester dapat melihat peredam stereng(damper) tersorok dibawah tangki minyak.Begitu teliti jurutera pereka CBR1000RR Fireblade menyorokkan teknoloji motosikal ini.


Terjawablah persoalan yang bermain diminda. Ini kerana sewaktu melakukan pecutan mencapai 230km/j tdak terasa sebarang goncangan di hendal bar.


Sesiapa jua yang melihat Honda CBR1000RR Fireblade akan kagum, boleh dikatakan dari setiap sudut motosikal ini kelihatan hebat.

Prestasi Enjin.

Enjin In-line four.Dimana Tork nya sedikit rendah .Tester dapat rasakan kuasa pecutan agak lambat pada mid range(pertengahan tork).Namun memadai bagi motosikal 189hp ini.


Namun Tester cukup seronok mendengarkan hasil bunyi dari ekzos CBR1000RR Fireblade. Berbeza dengan hasil bunyi dari ekzos Inline four superbike sama kelas dengannya.


Jangan keliru model ini tidak dibekalkan dengan "Sistem Quick Shifter". Tetapi setiap kali pertukaran gear dilakukan, Kita dapat merasakan betapa lembutnya sistem gear dan klac.


Bagi Tester dua jari sahaja diperlukan bagi menarik penuil klac.

Sistem Keselamatan 

Isu ini sering menjadi topik perbualan pencinta dua roda. Brek jenis apa? pad brek senang dapat?


Soalan sebegitu sering berkumandang . Honda CBR1000RR Fireblade dibekalkan dengan jenama Tokico monobloc di hadapan dan Nissin di belakang.


Sistem keselamatan yang terdapat di motosikal ini merangkumi sistem eletronik. Kenyataannya tertera di meter huruf seperti P(power), T(traction Control),W(Wheelie control) dan EB(Engine Breaking).


Juga terdapat 3 Mod. Ketiga-tiga mod tersebut mempunyai fungsi tersendiri. Tindakbalas mod berbeza. Pemilihan mod haruslah tepat kerana ianya mempengaruhi tunggangan.

Suspensi

Harus diingat sistem suspensi CBR1000RR Fireblade adalah secara "Manual". Sepanjang menunggang CBR1000R Fireblade suspensi yang terhidang depan dan belakang sudah memadai.


Berbaloi sekali terutama sewaktu mengambil selekoh. Yakin serta tiada keraguan untuk memecut sewaktu berada dalam selekoh .


Walaupun CBR1000RR Fireblade yang diuji menggunakan tayar depan dan belakang yang berbeza.


Rumusannya Honda CBR1000RR Fireblade di reka dengan karekter sama seperti superbike lain, namun yang jelas kita tidak merasa letih dan kurang bebanan ditangan.

Hampir 1 tahun menunggu untuk menguji,mengenali, menguasai serta menikmati jentera Fireblade.















Monday, February 17, 2020

Motosikal Rakyaat - KRISS 110 Murah Giler



Tester agak terkejut apabila mendengarkan harga kapcai keluaran MODENAS. Rasa seperti ingin memiliki sebuah. Motosikal baru tetapi harga seperti motosikal terpakai. Betul ker?


Bukan rahsia dan bukan mimpi. Itulah MODENAS Kriss 110 baru atau di kenali sebagai Motosikal Rakyaat.. Kriss 110 merupakan anak sulung segmen kapcai keluaran MODENAS.


Menyingkap sejarah, Kriss 110 diawalnya hasil kerjasama dengan Kawasaki. Nama kriss sebenarnya diguna pakai sempena senjata tradisional Melayu iaitu "Keris".


Jenama Kriss sudah 24 tahun bertapak di pasaran negara kita.. Kriss 110 mula di lancarkan pada mei 1996. Tidak salah kalau motosikal Kriss di kategorikan lejen Kapcai.


Terkini Kriss 110 diiktiraf  sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) yang dijanjikan penjimatan bahan api(minyak). Mungkin pembaca keliru serta tertanya-tanya adakah tepat kenyataan ini.


Ujian yang kami lakukan membuktikan teknoloji Kriss 110 2019 sebuah motosikal yang menjimatkan poket Anda.Setangki penuh mampu menampung 4.2 lter bahanapi.


Percaya atau tidak dengan minyak sebanyak 4.2 liter dan ditambah kelajuan maksima 80km/j, kami berjaya meredahi sejauh 135km tanpa perlu menambah minyak.

Apakah enjin MODENAS Kris 110 kurang berprestasi?

Jawapannya cukup mudah.Segalanya terletak di tangan penunggang. Ada dikalangan rakan media pernah memecut sehingga 120km/j.


Pecutan bagi Tester bukanlah idea yang terbaik untuk motosikal rakyaat.


Tester hanya fokuskan kepada beberapa aspek iaitu keselesaan, gaya menunggang,sistem keselamatan dan pengunaan bahanapi semasa menguji Kris 110.


Di bekalkan dengan enjin silinder tunggal empat lejang sejukan udara dan mampu menjana 4.7 hp dan daya kilas 8.2 Nm.


Mungkin ada yang berkata zaman sekarang tidak sesuai lagi bagi kapcai menggunakan empat gear kelajuan. Namun Kris 110 masih mengekalkan tradisi lama dengan empat gear kelajuan.


Jelas pada Tester dengan empat gear kelajuan, sasaran motosikal ini bukanlah pada golongan remaja.
Veteran, pelajar IPTA  serta wanita yang berulang alik ke tempat kerja itu merupakan goongan sasaran.

Keselesaan. Tidak dinafikan menunggang Kriss 110 terasa keselesaannya.Tester dapat rasakan kusyen untuk penunggang seolah siap di paras dan yang penting ianya lembut.


Kusyen tersebut mempengaruhi gaya tunggangan. Badan tidak sentiasa tegap mahupun cepat letih. Malah ianya mengurangkan stress sewaktu menunggang.


Ini lah ciri-ciri tempat duduk ergonomik. Isu tersebut perlu di perhitungkan sebelum membeli motosikal.


Kepada mereka yang malas mengalas beg bagi mengisi barang-barang,Terdapat ruang penyimpanan barang terletak bawah kusyen lumayan besarnya 6.6liter.

Kata tadi murah giler, berapa harganya?


Soalan cepumas. Anda kena percaya walaupun seperti mustahil bunyinya. RM 3,377 (Tanpa cukai jalan/insuran  dan yuran pendaftaran).

Warna yang di tawarkan ada tiga iaitu Biru,Kuning dan Hitam.

Jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km yang mana terdahulu.




Saturday, February 15, 2020

Honda Keluarkan Jentera RETRO MODEN



Segmen retro semakin mendapat tempat di hati peminat dua roda di negara kita. Honda tidak mensia-siakan peluang yang terpancar dengan mengeluarkan varian Retro Moden.

Honda CB1100RS varian Retro Moden mula menerjah pasaran motosikal negara kita di awal 2019.

Tampak Honda seakan-akan mencipta satu generasi baru. Jangan terkeliru motosikal ini bukannya sebuah jentera Retro Klasik,Tourer atau Sportbike.

Peralatan moden dan baharu maka selayaknya motosikal ini di kategorikan jentera Retro Moden. Honda CB1100RS telah mendapat kelulusan Euro 4.



Tapi yang pastinya CB1100RS sebuah motosikal yang berat.  Dengan berat 252kg mungkin menyukarkan bagi mereka yang berat badan bawah 60kg.

Pengalaman menunggang uji motosikal ini selama beberapa hari cukup menyeronokkan terutama di lebuhraya.

Nasib tidak menyebelahi Tester. Boleh di katakan sepanjang mejalankan ujian terpaksa meredahi hujan lebat. Walaupun jadual ujian di tukar pada malam hari namun cuaca tetap sama.

Kestabilan. Topik ini yang sering menjadi keutamaan Tester sewaktu menguji motosikal. Sememangnya CB1100RS terpuji dari segi pengawalan

Walaupun tidak dapat melakukan pecutan yang maksima sewaktu ujian, namun dapat dirasakan kestabilannya. Ini dibuktikan sewaktu meredahi air dengan permukaan jalan yang licin.


Kestabilan ini juga membabitkan gabungan suspensi depan dan belakang. Terhidang 43mm fork Showa dan penyerap kejutan berkembar Showa di belakang.

Kedua suspensi  tersebut memberi tindakbalas yang sempurna bersesuaian permukaan jalan yang di redahi. Monoshock CB1100RS mengingatkan Tester kepada Kawasaki ZXR1200 .

Monoshock ini di kenali sebagai Twin Showa Remote Reservoir Rear Shocks.

Kemampuan enjin CB1100RS tidak dinafikan memang menghasilkan tenaga yang boleh dibanggakan. Tetapi berdasarkan rekabentuknya, pecutan bukanlah sesuatu yang didambakan.

Enjin DOHC empat injap dan empat lejang dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair bersasaran 1,140cc.Mampu menjana kuasa mencecah 66kW pada 7,500rpm dan tork 91Nm pada 5,500rpm.


Tester cukup berminat apabila melihat rim aluminium berukuran 17 inci CB1100RS.Nampak cantik dan teratur.

Sistem keselamatan yang tersedia di jentera Retro Moden ini mengikut trend masa kini.

Cakera berkembar 310mm di hadapan dan cakera tunggal di belakang serta dibekalkan dengan Sistem Brek Anti-kunci (ABS).

Walau sejauh mana mengembara dengan Honda CB1100RS, yang pastinya gaya tunggangan tidak ekstrim dan badan kita tidak terseksa seperti Superbike.

Tester definasikan gaya tunggangan CB1100RS ini sebagai"Duduk Dalam Motosikal". Dimana kedua tangan penunggang tidak dibebankan dengan berat badan sewaktu menunggang.

Penunggang merasa lebih selesa dan relak dengan gaya tunggangan sebegini.


Honda CB1100 RS datang dengan dua warna iaitu hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic).

Harga yang ditawarkan ialah RM75,999 (tidak termasuk cukai jalan/insuran dan yuran pendaftaran).


SPEKSIFIKASI HONDA CB1100RS

ENJIN
1140cc Inline four-cylinder, air and oil-cooled, DOHC

KUASA
6-speeds Multiplate wet
89 Kuasakuda

BAHANAPI
Kapasiti-16.8 Liter
Pengunaan - 4.9 L/100 km

BERAT
252 kg



Wednesday, February 12, 2020

Sistem Brek Penuhi Ciri Keselamatan - NS 200 ABS



Motosikal mampu milik. Ini lah motosikal bagi mereka yang mula berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi iaitu NS200 ABS.

Pulsar 200 yang diperkenalkan pada 2017 mendapat tempat di hati anak muda serta berjaya mencecah sehingga ke lebih dari 5,000 unit jualannya.


Streetbike yang didefinasikan paling murah di pasaran berbanding dengan yang sama kelas dengannya. Sistem Brek Anti-Kunci(ABS) varian terkini diperkenalkan oleh MODENAS.


NS200 ABS yang dilancarkan penghujung tahun 2019 dengan 4 warna pilihan.Graphite Black (hitam), Mirage White (putih), Wild Red (merah) dan Yellow (kuning).



NS200 ABS dengan enjin 200cc DTS-i berkuasa 24hp dan tork 18.6Nm, Awal  tahun 2020, seramai 17 rakan media permotoran telah berpeluang menunggang uji secara berkonvoi.


Destinasi Kuala lumpur - Port Dickson dan Port Dickson - Melaka.


Tester tidak berkesempatan untk turut serta berkonvoi disebabkan kekangan kerja. Namun peluang menunggang uji NS200 ABS cukup menyeronokkan.


NS200 ABS menawarkan pengalaman tunggangan lancar di samping penjimatan bahan api yang boleh di puji.


Dari segi kawalan terutama sewaktu mengharungi kesesakan trafik di bandaraya, apa yang boleh Tester katakan NS200 ABS tidak mengecewakan.


Bentuk yang slim dengan berat 158kg antara faktor yang membuat Tester tersenyum sewaktu mengambil selekoh. Ini juga terbukti sewaktu mencelah deretan kenderaan dalam trafik yang sesak.


Namun sesiapa yang menunggang varian "Streetbike" akan merasakan tolakan angin dari hadapan terutama sewaktu memecut. Tapi itu bukanlah satu isu yang besar.


Pulsar NS200 ABS kini terdapat di semua pengedar Modenas seluruh negara dengan harga RM9,655(tidak termasuk cukai jalan/insuran/yuran pendaftaran).