Thursday, February 27, 2020

Superbike Santai - CBR1000R Fireblade.



Sebut saja nama Fireblade teringat zaman 80an.CBR900 Fireblade pernah ku miliki. Penuh bergaya dan kegilaan ramai.Superbike paling hebat ketika itu.


Tester berpeluang menguji CBR1000RR Fireblade 2019. Hakikatnya model Asas(Basic) Fireblade tahun millenium ini dibekalkan dengan sistem eletronik terkini  walaupun tidak sepenuhnya.

Sentuhan pertama Honda CBR1000RR Fireblade cukup mengagumkan.Apa yang Tester boleh klasifikasikan ialah motosikal ini memberi ruang kawalan yang cukup mantap kepada penunggang.

Dari kemantapan kawalan maka lahirlah kenikmatan semasa menunggang. Lantaran kenikmatan sudah dirasai secara automatik hati akan berkata Honda CBR1000RR Fireblade cukup senang dikawal.

Kenapa CBR1000RR Fireblade mudah dikawal?

Pemerhatian Tester di peringkat awal adalah pada hendal bar. Ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan superbike yang terdapat di pasaran.


Kedudukan Hendal Bar CBR1000RR Fireblade agak lebih tinggi kedudukannya iaitu 1 inci melebihi dari superbike yang lain. Kedudukan hendal bar menawarkan keselesaan semasa menunggang motosikal.

Selain dari Hendal Bar ialah ketinggian tempat duduk(kusyen ). Mungkin kepada penunggang yang tinggi ianya bukan satu isu.

Tapi bagaimana kepada mereka yang berketinggian 5 kaki 5 inci?



Menjawab kepada persoalan tersebut, Tester dapat rasakan ketinggian kusyen CBR1000RR Fireblade memainkan peranan dalam membantu penunggang yang rendah.Tambahan pula kusyennya lembut.

Berkualiti dan Kemas

Hasil penelitian, Tester dapat melihat peredam stereng(damper) tersorok dibawah tangki minyak.Begitu teliti jurutera pereka CBR1000RR Fireblade menyorokkan teknoloji motosikal ini.


Terjawablah persoalan yang bermain diminda. Ini kerana sewaktu melakukan pecutan mencapai 230km/j tdak terasa sebarang goncangan di hendal bar.


Sesiapa jua yang melihat Honda CBR1000RR Fireblade akan kagum, boleh dikatakan dari setiap sudut motosikal ini kelihatan hebat.

Prestasi Enjin.

Enjin In-line four.Dimana Tork nya sedikit rendah .Tester dapat rasakan kuasa pecutan agak lambat pada mid range(pertengahan tork).Namun memadai bagi motosikal 189hp ini.


Namun Tester cukup seronok mendengarkan hasil bunyi dari ekzos CBR1000RR Fireblade. Berbeza dengan hasil bunyi dari ekzos Inline four superbike sama kelas dengannya.


Jangan keliru model ini tidak dibekalkan dengan "Sistem Quick Shifter". Tetapi setiap kali pertukaran gear dilakukan, Kita dapat merasakan betapa lembutnya sistem gear dan klac.


Bagi Tester dua jari sahaja diperlukan bagi menarik penuil klac.

Sistem Keselamatan 

Isu ini sering menjadi topik perbualan pencinta dua roda. Brek jenis apa? pad brek senang dapat?


Soalan sebegitu sering berkumandang . Honda CBR1000RR Fireblade dibekalkan dengan jenama Tokico monobloc di hadapan dan Nissin di belakang.


Sistem keselamatan yang terdapat di motosikal ini merangkumi sistem eletronik. Kenyataannya tertera di meter huruf seperti P(power), T(traction Control),W(Wheelie control) dan EB(Engine Breaking).


Juga terdapat 3 Mod. Ketiga-tiga mod tersebut mempunyai fungsi tersendiri. Tindakbalas mod berbeza. Pemilihan mod haruslah tepat kerana ianya mempengaruhi tunggangan.

Suspensi

Harus diingat sistem suspensi CBR1000RR Fireblade adalah secara "Manual". Sepanjang menunggang CBR1000R Fireblade suspensi yang terhidang depan dan belakang sudah memadai.


Berbaloi sekali terutama sewaktu mengambil selekoh. Yakin serta tiada keraguan untuk memecut sewaktu berada dalam selekoh .


Walaupun CBR1000RR Fireblade yang diuji menggunakan tayar depan dan belakang yang berbeza.


Rumusannya Honda CBR1000RR Fireblade di reka dengan karekter sama seperti superbike lain, namun yang jelas kita tidak merasa letih dan kurang bebanan ditangan.

Hampir 1 tahun menunggu untuk menguji,mengenali, menguasai serta menikmati jentera Fireblade.















No comments:

Post a Comment