Tuesday, February 19, 2019

Ini Bukan Motosikal POLIS



Tester pun terkejut dan heran bila terpampang depan mata gambar motosikal Benelli TRK 502 sudah menjadi motosikal Polis.Biar betul? Tak dengar kabar berita mahupun desas desus yang PDRM berhajat meminang motosikal segmen Adventure bagi kegunaan tugasan mereka.

Tular di laman sosial motosikal Benelli model TRK 502 adalah kenderaan baharu yang digunakan oleh PDRM.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknoloji (StaRT) Bukit Aman,Datuk Sri Tajuddin Md Isa berkata,pihaknya tidak melancarkan sebarang motosikal baharu setakat ini.


“kemungkinan motosikal berkenaan digunakan untuk di pandu uji” katanya dalam mengesahkan isu berkenaan.

Gambar motosikal Benelli TRK 502 tersebut yang lengkap dengan pelekat dan lambang polis itu diambil di sebuah balai polis yang tidak dinyatakan.




No comments:

Post a Comment