Tuesday, February 19, 2019

Zontes Akan Masuk Ke Negara Kita?


Nampaknya kabar angin kemasukan model dari Negara Tembok Besar ini akan menembusi pasaran negara kita akan menjadi kenyataan.Siapa pengedarnya dan siapa yang memonopoli pasarannya di negara kita,Tester terpaksa merahsiakan dulu.

Rupa bentuk motosikal keluaran Negara China ini,agak menarik dan mampu menyaingi motosikal di segmen yang sama serta bakal mengugat motosikal yang sama kelas dengannya di pasaran negara kita.


Berita yang di terima kemungkinan 3 model akan dibawa masuk pada bulan ini.Tester dapat mengagak kemungkinan model-model tersebut adalah:-

1. ZT310-T



Kelibatnya seperti BMW GS pada pandangan pertama. Sesungguhnya Zontes klasifikasikannya model pengembara yang ringan. Adakah model ini saingan kepada segmen "Adventure" kelas permulaan seperti KTNS dan KawasakiVersys-X yang sudah lama di pasaran.

2. ZT310-R 



Naked,Model kedua disenaraikan sebagai 310R . Ia kelihatan seperti kacukan antara MV Agusta dan Kawasaki Z800.


Ciri-ciri yang paling cemerlang ialah paip ekzos potongan hujung berkembar dan ekor tajam dengan lampu LED tertanam. Ia juga mempunyai skrin TFT.

3.ZT310-X



Model Sport Touring,Selain dari komponen yang sama dengan ZT310-R, ia juga mempunyai cermin depan elektrik yang boleh laras.


Z310-X ternyata model fairing yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga mewah,

Tester akan memberikan informasi selanjutnya selepas pelancaran.






No comments:

Post a Comment