Thursday, August 29, 2019

Adakah Lifan LF150-T Menyamai ADV 150?



Pernah pembaca mendengar nama Lifan LF 150-T? Rasanya ada yang pernah dan banyak yang tidak ambik peduli.

Hadirnya Honda ADV 150 telah berjaya mengalih fokus peminat dua roda dari menjeling model keluaran negara China ini.

Mungkin ada yang berkata model Skuter Lifan LF 150-T, di ciplak dari Honda ADV 150.

Jangan cepat melatah, kenyataannya Skuter Lifan LF 150-T terlebih dulu berada di pasaran iaitu awal tahun 2019. Sedangkan Honda ADV 150 muncul di pasaran pada bulan Julai 2019.


Reka bentuk Lifan LF150-T agak radikal, lampu depannya berbeza dari Honda ADV 150 seperti kotak bentuknya.

Kuasa maksimum diklasifikasikan sebagai lebih rendah, iaitu hanya 11.5 hp pada 8,500 rpm dan 11 Nm pada 5,500 rpm.Enjin 150cc, Injection dengan sistem penyejukan cecair.

Sistem brek ABS juga telah tersedia pada skuter ini.


Apabila dibandingkan dengan Honda ADV150, Lifan LF150-T kelihatan lebih sederhana. Visor depan penghadang angin tidak jauh berbeza dengan Honda ADV 150.

Walau bagaimanapun, terdapat komponen menarik pada skuter ini yang jelas berbeza dari Honda ADV150.

Komponen tersebut adalah suspensi penggantungan depan jenis terbalik. Ini menunjukkan Skuter Lifan LF150-T kelihatan lebih berdaya tahan di bahagian depan.


Sementara suspensi penggantungan belakang Lifan LF150-T adalah tunggal. Kedudukan suspensi tersebut terletak di tengah. Jelas sekali suspensi model ini adalah tawaran yang berbeza dan menarik.

Apakah pilihan pembaca , Honda ADV 150 atau Lifan LF 150-T.




Wednesday, August 28, 2019

Gaya Cafe Lebih Ergonomik - Z 900 RS Cafe



Hampir 1 tahun menunggu akhirnya berpeluang juga menunggang Kawasaki Z 900RS Cafe.Kalau sudah lama menunggu mesti hebat motosikal ini.

Z900RS Cafe lebih kurang sama dengan adik beradiknya iaitu Kawasaki Z 900 RS. Tetapi Z 900 RS Cafe ada keistimewaan tersendiri.


Tester dapati Z 900RS Cafe, Suspensi depan dibekalkan dengan fork jenis terbalik.Sementara monoshock di belakang boleh di laraskan mengikut keselesaan penunggang.

Nampaknya imej cafe racer bukan sekadar berbeza rupa, pastinya gaya menunggang pun berbeza.


Pelana Z 900RS Cafe ini agak tinggi dan tidak mengikut speksifikasi model asas Cafe iaitu 820mm. Hendal bar ternyata lebih rendah dan mendatar.

Nampaknya beban semasa menunggang akan turun sepenuhnya kepada kedua belah tangan.Walaupun gaya sporty yang kurang ekstrim di tawarkan oleh model ini.


Tersedia visor pengadang angin bertujuan memberikan perlindungan angin lebih baik, sesuai buat mereka yang menunggang secara agresif. Tetapi bagi penunggang yang tinggi mungkin perlukan visor lebih tinggi.

Enjin 4 silinder bersesaran 948cc, tentang enjin Tester setuju memang power.Pada sesi ujian di jarak jauh terbukti kuasa yang diberikan oleh Z 900RS Cafe mantap dan mampu bersaing di dalam kelasnya.


Enjin ini menjana tork 97.6Nm (6,500rpm), Tester cukup teruja setiap kali mendengarkan bunyi ekzos. Tersedia ekzos dari keluli tahan karat (stainless steel).

Bunyi yang dihasilkan serta prestasinya merupakan hasil dari talaan ekzos 4-1.Tester pernah menguji Kawasaki Z 900 RS.Dari segi pecutan ternyata Z900 RS Cafe tidak begitu agresif jika dibandingkan dengan model Z 900 RS.


Aspek keselamatan, usah risau model ini dilengkapi dengan kawalan traksi (TRC) 2 mod dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tidak banyak kelemahan yang terdapat pada Z 900RS Cafe. Hanya dua isu yang di temui setelah selesai tunggang uji.


Pertama kusyen(seat) agak tinggi. Kepada penunggang yang rendah, peluang bagi kedua belah kaki memijak ke bumi ketika memberhentikan motosikal adalah mustahil.

Kedua iaitu kedudukan hendal bar yang ke bawah serta mendatar. Akibatnya kedua belah tangan terpaksa menanggung beban sewaktu menunggang, seolah-olah menunggang superbike.


Dua isu tersebut bukanlah isu besar,malah dengan sedikit modifikasi yang dilakukan akan memberi keselesaan sewaktu menunggang.

Harga yang ditawarkan RM 72,372 tidak termasuk cukai Jalan,insuran dan yuran pendaftaran.








Tuesday, August 20, 2019

Kawasaki Z400 SE ABS - Capai Pecutan dalam masa singkat



Bergaya agresif  serta memiliki apa yang ada pada siri keluaran Z.Jika itu lah sifat-sifat yang di milikinya maka berbaloi untuk memiliki model terkini Kawasaki Z 400.

Mungkin pembaca inginkan pencerahan berhubungkait model kelas pertengahan terkini dari Kawasaki.

Tester berpeluang menguji Kawasaki Z 400 SE ABS baru-baru ni. Melihat dari gaya dan rupabentuk motosikal tidak banyak beza dengan Siri Z sebelumnya.

Adakah pereka sudah ketandusan idea?


Kawasaki Z 400 dengan reka bentuk Sugomi gaya "Streetfighter". Taraf Z 400 dan Ninja 400 adalah sama.Senang cerita kategorikan adik beradik untuk kedua model ini cuma berbeza versi.

Dengan enjin berkembar empat lejang. menghasilkan bunyi yang cukup padat untuk jentera 45hp @ 8,500 rpm, dengan tork 28 ft / lbs pada t8000 rpm.

Tester puji respon dari pendikit pada model Z 400 ini. Cukup cepat sekali kuasa penghantarannya.


Semasa sesi tunggang uji pada jarak jauh,Tester dapat rasakan betapa cepatnya kuasa yang dihasilkan hanya dalam beberapa saat sahaja.

Bercakap mengenai Klac Z 400 iatu dibekalkan dengan "Assist & Slipper Clutch". Sistem klac cukup lembut.

Kawalan gear dengan sistem klac yang ada cukup mudah dan terasa enjin begitu ringan.Memadai hanya satu jari digunakan pada penuil klac.


Model yang di padankan dengan ABS bagi memenuhi  keselamatan penunggang. Cakera brek depan berukuran 310mm.

Berat Z400 SE ABS ialah 167kg iaitu 3kg lebih ringan dari model Z 300. Kabar gembira bagi mereka yang rendah dan penunggang wanita.


Ini kerana kedudukan kusyen tempat duduk adalah rendah.Tiada lagi isu kesukaran bagi kedua belah kaki berpijak ke bumi.

Kedudukan menunggang yang agak tegak. teramat mudah bagi penunggang yang aktif mengawal terutama dari segi "Dinamik" serta menunggang secara "Sporty".

Keseronokan menunggang Z 400 SE ABS adalah mudah dikendalikan. Tester fikir berat motosikal mempengaruhi pengendalian, semestinya tiada rungutan dari sesiapa sahaja yang menunggang.


Suspensi depan 41mm teleskopik memberikan tindakan yang lebih selesa dan menyakinkan. Kepada mereka yang mula berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi.model ini dikategorikan sesuai.

Dengan ciri-ciri positif tersebut,ianya adalah gaya agresif yang wujud pada keluarga Z,Kepada yang berminat mahupun sedang mencari, Kawasaki Z 400SE ABS berbaloi serta menjimatkan.

Harga mampu milik RM 28,755. Enjin dengan penyejukkan cecair , 4-lejang , DOHC ,8 injap  dan 399 cm3, fuel inection serta 6 gear.
















Wednesday, August 14, 2019

Kawasaki Z 250 2019 - ABS Dan Berkuasa



Sekali pandang rupa tidak banyak beza dengan model terdahulu.Bermain di minda Tester andai model sebelumnya sudah bagus,kenapa perlu adanya versi  terkini,tentu ada sebabnya?

Boleh dikategorikan model permulaan bagi mereka yang mula berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Atau buat mereka yang inginkan sesuatu yang pantas dan ekonomi untuk berulang alik ke tempat kerja.

Mungkin juga kepada mereka yang inginkan versi "Naked", kawalan yang mudah serta motosikal ringan.


Kawasaki Z250 2019(ABS) dibina berasaskan Ninja 250 (2018).Terdapat banyak pembaharuan terutama rekabentuk enjin baharu, di mana peningkatan kuasa puncak kepada 39hp@12,500rpm.

Namun bagi motosikal "Naked" jelas kuasa maksimum dihadkan kepada 36.5hp dan tork maksimum dikekalkan 23.5Nm@10,000rpm.

Nampaknya peminat motosikal "Naked" mampu tersenyum dengan kehadiran Z250 2019(ABS) baharu. Model ini dikatakan paling laju dalam kelasnya.


Tidak dinafikan dalam segmen kelas 250cc, harga dan keupayaan motosikal dalam menghasilkan kuasa menjadi topik perbualan dan perkiraan pembeli di negara kita.

RM21,998 itu harga yang di tawarkan semasa pelancaran pada bulan April sewaktu pelancaran.

Paling menarik bila Tester melihat bahagian bingkai model ini, ternyata diilhamkan daripada model H2.

Z 250 2019(ABS) dengan enjin 4 lejang bersesaran 249cc DOHC. Tester sempat
tunggang uji model ini selama 3 hari. Rekaan yang tampak lebih menarik dan anggun.


Lampu depan dan belakang adalah LED. Panel meternya sama seperti model Z650 cukup mudah membantu penunggang.

Jangan terkejut, tangki minyaknya hanya berkapasiti 14 liter sahaja iaitu kurang 3 liter dari model terdahulu.


Tapi bakal pemiik Z250 2019 (ABS) mungkin agak lega, minyak pelincir hanya 2 liter sahaja berbanding versi sebelumnya iaitu 2.4 liter.

Apa yang cukup menarik semasa sesi tunggang uji ialah kestabilan model ini khususnya ketika mengambil selekoh, suspensi depan dan belakang memainkan peranan yang terpuji.

Walaupun Z250 2019(ABS) ringan, namun sewaktu pecutan Tester tidak merasakan sebarang gegaran dan masih mampu mengawal motosikal dengan kelajuan 175km/j di jalan yang lurus.


Setiap motosikal ada kelebihan dan ada kelemahannya. Begitu juga dengan model Z250 2019(ABS).

Sepanjang sesi tunggang uji terdapat 2 perkara yang Tester agak rimas, iaitu kedudukan ekzos yang terlalu mendongak keatas.

Ini agak menggangu terutama pada tumit kaki sebelah kanan apabila kaki digerakkan ke belakang. Isu yang kedua ialah respon dari pendikit agak lembap.

Tester dapat rasakan kedua isu ini boleh diperbaik lagi oleh Kawsaki demi mantapkan lagi model keluaran mereka.


Namun kedua isu tersebut bukan lah isu yang besar malah tidak menjejaskan kelancaran Z250 2019 (ABS) yang di gerakkan dengan 6 gear ini.

Kesimpulannya model ini boleh dipuji dan menepati sasaran kepada mereka yang inginkan penjimatan. Pilihan yang tepat untuk berulang alik ke tempat kerja, pengendalian yang mudah,menjimatkan masa.

Wednesday, August 7, 2019

Kelajuan bukan isu - Vulcan Klasik 900

Tidak direka untuk kelajuan, Ia adalah sebuah motosikal cruiser.Itulah Kawasaki Vulcan 900 Klasik .

Kawasaki Vulcan 900 Klasik memang agak besar dan lebih panjang berbanding kebanyakan motosikal lain.Tanggapan pertama bermain di minda ialah, mampu atau tidak mengendalikan motosikal ini.


Kawasaki VN 900 Custom tidak mewah dan futuristik sebagai majoriti motosikal Kawasaki lain. Bagaimanapun, VN 900 direka khusus dalam bentuk Old Skool,

Vulcan 900 Klasik bukanlah pertama kali diperkenalkan di negara kita. Semenjak 2006 hinggalah sekarang, kelibat Vulcan 900 klasik sering di lihat baik secara solo atau berkumpulan.

Apa istimewanya Vulcan 900?


Di bahagian depan, Custom VN 900 dilengkapi dengan lampu kepala bulat yang diliputi lapisan krom di ujung luar. Dengan cermin sisi kiri dan kanan besar.

Kedua cermin tersebut di litupi dengan kemasan krom, yang secara keseluruhannya, memberikan beberapa faktor bling kepada motosikal.


Kawasaki VN 900 Klasik dikuatkan lagi oleh tangki bahan bakar berbentuk lusuh.

Tempat duduk atau pelananya sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Ini kerana pelana depan dan belakang dipisahkan dengan kedudukan rendah.


Instrumen kelihatan agak ringkas dengan sistem Analog mungkin bagi menyesuaikan  corak Old Skool.

Menyentuh tentang motosikal Cruise, ianya berhubung kait dengan santai dan kualiti semasa menunggang. Suspensi depan dengan 41mm teleskopik dan uni-trek belakang yang sangat lembut untuk memberikan kualiti perjalanan terbaik.

Roda depan yang bersaiz 21 inci dan roda belakang 15-inci diadunkan dengan tayar penuh terbukti memberikan cengkaman yang baik di jalanraya.


Aspek keselamatan juga dititikberatkan.Ini terbukti dengan persediaan asas pada brek . Cakera 300 mm di bahagian depan dan cakera 270 mm di bahagian belakang. Namun motosikal ini tidak dibekalkan dengan ABS.

Kawasaki VN 900 Klasik , empat lejang dengan penyejukkan cecair,enjin V-twin dan 903 cc, yang digabungkan dengan 5 gear kelajuan.


Enjin menghasilkan 54 PS output kuasa maksima dan 82 Nm output puncak tork.Enjin ini mempunyai grunt bottom-end yang baik dan midrange punchy, menghilangkan stres semasa menunggang di jarak jauh.

Kawasaki VN 900 Klasik 2019 adalah unik. Ia dapat mengekalkan daya tarikan lama yang diadunkan dengan unsur-unsur reka bentuk moden.Mempunyai daya tarikan tersendiri.

Tester telah berpeluang menguji sejauh 765km pada model ini. Kelajuan bukanlah yang dicari pada versi Cruiser,namun santai dan keupayaan mengendalikannya itu aspek yang didambakan pada motosikal yang di cipta khusus berasaskan ketenangan.