Wednesday, August 14, 2019

Kawasaki Z 250 2019 - ABS Dan Berkuasa



Sekali pandang rupa tidak banyak beza dengan model terdahulu.Bermain di minda Tester andai model sebelumnya sudah bagus,kenapa perlu adanya versi  terkini,tentu ada sebabnya?

Boleh dikategorikan model permulaan bagi mereka yang mula berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Atau buat mereka yang inginkan sesuatu yang pantas dan ekonomi untuk berulang alik ke tempat kerja.

Mungkin juga kepada mereka yang inginkan versi "Naked", kawalan yang mudah serta motosikal ringan.


Kawasaki Z250 2019(ABS) dibina berasaskan Ninja 250 (2018).Terdapat banyak pembaharuan terutama rekabentuk enjin baharu, di mana peningkatan kuasa puncak kepada 39hp@12,500rpm.

Namun bagi motosikal "Naked" jelas kuasa maksimum dihadkan kepada 36.5hp dan tork maksimum dikekalkan 23.5Nm@10,000rpm.

Nampaknya peminat motosikal "Naked" mampu tersenyum dengan kehadiran Z250 2019(ABS) baharu. Model ini dikatakan paling laju dalam kelasnya.


Tidak dinafikan dalam segmen kelas 250cc, harga dan keupayaan motosikal dalam menghasilkan kuasa menjadi topik perbualan dan perkiraan pembeli di negara kita.

RM21,998 itu harga yang di tawarkan semasa pelancaran pada bulan April sewaktu pelancaran.

Paling menarik bila Tester melihat bahagian bingkai model ini, ternyata diilhamkan daripada model H2.

Z 250 2019(ABS) dengan enjin 4 lejang bersesaran 249cc DOHC. Tester sempat
tunggang uji model ini selama 3 hari. Rekaan yang tampak lebih menarik dan anggun.


Lampu depan dan belakang adalah LED. Panel meternya sama seperti model Z650 cukup mudah membantu penunggang.

Jangan terkejut, tangki minyaknya hanya berkapasiti 14 liter sahaja iaitu kurang 3 liter dari model terdahulu.


Tapi bakal pemiik Z250 2019 (ABS) mungkin agak lega, minyak pelincir hanya 2 liter sahaja berbanding versi sebelumnya iaitu 2.4 liter.

Apa yang cukup menarik semasa sesi tunggang uji ialah kestabilan model ini khususnya ketika mengambil selekoh, suspensi depan dan belakang memainkan peranan yang terpuji.

Walaupun Z250 2019(ABS) ringan, namun sewaktu pecutan Tester tidak merasakan sebarang gegaran dan masih mampu mengawal motosikal dengan kelajuan 175km/j di jalan yang lurus.


Setiap motosikal ada kelebihan dan ada kelemahannya. Begitu juga dengan model Z250 2019(ABS).

Sepanjang sesi tunggang uji terdapat 2 perkara yang Tester agak rimas, iaitu kedudukan ekzos yang terlalu mendongak keatas.

Ini agak menggangu terutama pada tumit kaki sebelah kanan apabila kaki digerakkan ke belakang. Isu yang kedua ialah respon dari pendikit agak lembap.

Tester dapat rasakan kedua isu ini boleh diperbaik lagi oleh Kawsaki demi mantapkan lagi model keluaran mereka.


Namun kedua isu tersebut bukan lah isu yang besar malah tidak menjejaskan kelancaran Z250 2019 (ABS) yang di gerakkan dengan 6 gear ini.

Kesimpulannya model ini boleh dipuji dan menepati sasaran kepada mereka yang inginkan penjimatan. Pilihan yang tepat untuk berulang alik ke tempat kerja, pengendalian yang mudah,menjimatkan masa.

No comments:

Post a Comment