Thursday, December 27, 2018

HONDA X-ADV & HONDA REBEL - Warna Terkini



Honda X - ADV dan juga Honda Rebel 500 kini ditawarkan dengan dua warna baharu.Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan tentang penawaran warna tersebut pada kedua model itu.

 Honda Rebel kini di dapati dengan dua warna baharu.Sementara Honda X - ADV terdapat satu  pilihan baharu.

Mat Axis Gray Metallic-2019
Model dengan gaya 'cruiser' atau 'bobber' iaitu Honda Rebel 500 di tawarkan dengan warna baru iaitu ‘Mat Axis Gray Metallic’ dan ‘Pearl Cadet Gray’.Kesemua warna akan mula disediakan mulai Disember 2018 di semua cawangan rasmi Honda Big Wing.

Peral Cadet Gray - 2019
Model Honda X-ADV. Skuter ‘adventure’ atau ‘dual-sport’ Bagi 2019, Boon Siew Honda menawarkan satu warna baharu iaitu ‘Mat Moonstone Silver Metallic’. Di perakui ianya melengkap gaya yang canggih dan unik di samping menyerlahkan penampilan Honda X-ADV.

Mat Moonstone Silver Metallic - 2019
Pilihan warna baharu ini juga telah melengkapkan pilihan warna Honda X-ADV yang lain iaitu ‘Mat Bullet Silver’ dan ‘Grand Prix Red’.Harga yang ditawarkan pada warna istimewa ini ialah RM65,499.Sementara warna standard boleh didapati dengan harga RM63,299 (harga jualan tanpa insurans).

Mat Bullet Silver - 2018
Kedua-dua model ini akan didatangkan dengan waranti pengilang selama 2 tahun atau 20,000km. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Honda Big Wing terdekat atau layari www.hondabigbike.com.my.


No comments:

Post a Comment