Sunday, December 23, 2018

YAMAHA X-MAX 250 2018 - Warna Baru



Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan warna baharu bagi model Yamaha X-Max 250 2018.

Matt Blue dan Matt Red demikian warna yang di tawarkan. Harga asasnya masih kekal pada RM21,225.00 (harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Model dengan warna baru ini disediakan bermula pada bulan Disember 2018.


Model segmen skuter mewah Yamaha, maxi X-Max .Dilengkapi dengan teknologi “Yamaha Blue Core”, ABS, TCS (sistem kawalan cengkaman), serta lampu posisi dan belakang LED.

Jangan terkejut ruang simpanan yang besar di bawah pelana mampu memuatkan sebuah beg galas dengan laptop 15 inci dan helmet full-face. Di bahagian hadapan tersedia dua‘cubby hole’ memudahkan pengguna dengan ruangan simpanan yang ada.


Enjinnya mampu menjana 22.8hp (16.8kW) dan kuasa bermula dari bawah hinggalah ke kelajuan maksimanya mencecah 140km/j. Cukup menjimatkankm. Ujian pernah di lakukan di mana hanya 11 liter cukup untuk perjalanan sejauh 300km.


No comments:

Post a Comment